Kejohanan ini merupakan Kejohanan Pandai Silat yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi.
Wirawati UniSZA mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan tujuh buah pasukan lain dan menerima pingat emas dan disarungkan dengan baju rasmi persatuan iaitu baju singkap.
Penyertaan untuk kejohanan adalah terbuka kepada semua pasukan termasuk daripada sekolah rendah atau menengah, IPTA atau IPTS, jurulatih atau ahli-ahli PSSCUH yang lain.
Sebanyak empat kategori dalam ujian saringan telah dipertandingkan iaitu papan sekeping tangan kosong, papan sekeping senjata, umum tangan kosong dan umum senjata.
Pasukan Wirawati UniSZA dan Pahlawan Timur yang terdiri daripada pesilat lelaki UniSZA telah berjaya dalam pusingan saringan dan melayakkan diri ke perlawanan akhir. Terdapat empat tugasan yang diberikan untuk disempurnakan pada pusingan akhir, dua adalah wajib iaitu serangan di atas titian dan empat serang satu manakala dua tugasan adalah berdasarkan undian iaitu umum bersenjata dan tangan kosong (duduk tahiyat) dan serangan umum kaki di atas titian.
Pahlawan Timur berjaya menduduki tempat ketujuh daripada 14 pasukan yang bertading dalam kategori lelaki.
Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, Muhammad Hafiz Abdullah, merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berbangga atas kejayaan pasukan pesilat UniSZA.
Beliau yang terlibat secara langsung dalam melatih pesilat untuk persediaan kejohanan ini berkata, kejayaan ini merupakan rekod yang baik bagi PSSCUH UniSZA kerana kejohanan ini telah menghimpunkan pesilat-pesilat yang handal dan berpengalaman.
Menurut beliau lagi, ekoran kejayaan ini, PSSCUH UniSZA akan menghantar lebih ramai pesilat untuk menyertai Kejohanan Cabaran Pandai Silat dan Wajadiri Nasional dalam usaha menaikkan nama UniSZA.
Acara penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Guru Utama PSSCUH Malaysia, Marwi Latif.
Sumber Berita & Gambar MUHAMMAD HAFIZ ABDULLAH
Last Updated on Sunday, 01 January 2012 02:55

No comments:
Post a Comment