About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Thursday 12 January 2012

Universiti Malaysia Terengganu Terima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti Teuku Umar, Acheh Barat, Indonesia


5 Januari 2011- Universiti Malaysia Terengganu  (UMT) telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Universiti Teuku Umar (UTU), Acheh Barat, Indonesia. Delegasi seramai 25 orang dari Fakulti Perikanan dan Ilmu Kelautan ini diketuai oleh Rektor Universiti Teuku Umar, Ir. Abdul Malek Ali telah disambut oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman di Bilik Mesyuarat Senat, UMT.

“Kami amat berbangga kerana UTU telah sudi datang ke sini untuk menjalin kerjasama serta melawat UMT dan kami berharap dengan terjalinnya perhubungan di antara dua universiti ini maka lebih banyak aktiviti bersama akan dapat dilakukan pada masa akan datang ,” ujar Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman ketika menyampaikan ucapan beliau.
Pada majlis tersebut, delegasi UTU dipertontonkan dengan Video 10 tahun UMT serta persembahan tayangan mengenai  UMT oleh Naib Canselor UMT.

Pada ucapan balas Rektor UTU, Ir. Abdul Malek Ali juga mengharapkan usahasama dan lawatan yang terjalin akan dapat memperkukuhkan lagi perhubungan dari pelbagai segi seperti pertukaran pelajar, menyambung pengajian di UMT pada peringkat sarjana, pertukaran pensyarah bagi berkongsi pengalaman.

Selama 3 hari kunjungan delegasi UTU tersebut, UMT akan membawa mereka melawat ke Fakulti Pengajian Marin dan Sains Marin serta Institut Akuakultur Tropikal dan melawat ke Kompleks Siswa UMT serta kemudahan lain seperti Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT untuk mereka mendapat sedikit pengalaman baru tentang kemudahan yang ada di sini.

Pemilihan UMT sebagai destinasi kunjungan luar negara UTU adalah selari dengan usaha mereka untuk menjadi sebuah universiti di Indonesia yang bukan hanya terkenal di sana tetapi mempunyai kerjasama dalam pelbagai bidang di luar negara.

No comments:

Post a Comment