About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday 16 January 2012

Article UniMAP


KANGAR, 10 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini memulakan edaran baucar buku bernilai RM1.44 juta  sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 lalu kepada 7,184 pelajar yang layak.
Naib Canselor, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, ia meliputi pelajar tempatan yang mengikuti kursus Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang aktif dan berdaftar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa di UniMAP.
Pengedaran baucar tersebut ujar beliau, dilihat tepat pada masanya, memandangkan pelajar-pelajar kini sedang mengikuti peperiksaan akhir dan bakal memasuki semester baru pengajian bulan hadapan.
“Setiap pelajar akan menerima baucar RM200 dalam bentuk empat keeping baucar RM50 untuk pembelian buku-buku di kedai-kedai terpilih. Justeru, saya melihat, pengedaran baucar ini dapat membantu pelajar untuk memiliki buku rujukan tambahan untuk semester baru kelak,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Buku kepada wakil-wakil pelajar di Kampus Kubang Gajah di sini. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Bendahari UniMAP, Puan Saodah Hassan; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Razli Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan.
Pemberian baucar RM1.44 juta oleh UniMAP itu merupakan sebahagian daripada baucar buku bernilai RM260 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Pelajar-pelajar boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Aminudin Anuar menyambut baik pemberian baucar buku oleh kerajaan yang disifatkan mampu meringankan bebanan kewangan pelajar terutama untuk membeli buku-buku rujukan tambahan.
“Umum mengetahui harga bagi buku-buku ilmiah adalah agak mahal, dan pemberian baucar ini setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan kewangan pelajar untuk memulakan semester baru. Sebagai Presiden MPP, saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan pelajar untuk menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin.
“Harus diingat, tempoh sah baucar ini hanya tiga bulan sahaja, justeru saya amat berharap rakan-rakan dapat menebus baucar ini dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak menanggung kerugian,” katanya.


( 10 Jan 2012 )
UniMAP Edar Baucar Buku Rm1.44 Juta Kepada 7,184 Pelajar

No comments:

Post a Comment