About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday 16 January 2012

Article From UTeM

PROF. IR. DR. MOHD JAILANI APPOINTED AS THE NEW DEPUTY VICE-CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION) OF UTeM Print
Hear this article
Image
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


(Full Article in Bahasa Melayu)  
PROF. IR. DR. MOHD JAILANI DILANTIK TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UTeM
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baru bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi yang telah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM yang baru.
Pelantikan baru ini telah dibuat selepas dipersetujui dan diberi mandat oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin baru-baru ini. Pelantikan Prof Mohd Jailani sebagai TNCPI baru UTeM ini berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014.
Sebelum ini beliau telah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2011.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada tahun 1984 seterusnya menamatkan Sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1988 manakala memperolehi PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Sheffield Hallam University, United Kingdom pada tahun 1996.   
Sebelum menjawat jawatan di KPT, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari 15 buah buku dan prosiding, 60 kertas jurnal, 18 ucaptama dan kertas jemputan, 200 kertas persidangan, kertas popular dan laporan teknikal.
Manakala dalam bidang penyelidikan pula, beliau telah memenangi lebih dari 20 pingat dan hadiah di peringkat antarabangsa termasuklah di Seoul International Invention Fair (SIIF) pada tahun 2004 dan International Research Showcase 2007 yang diadakan di Nurnberg, Jerman.
Selain itu juga telah memenangi beberapa anugerah kecemerlangan termasuk Anugerah Khas Kualiti, Kategori Kumpulan Pengurusan Makmal Terbaik UKM 2002, Anugerah Khidmat Cemerlang UKM 2003, Anugerah Khas Kualiti Kategori individu (kakitangan akademik, UKM 2005 dan  Anugerah Makmal Cemerlang (penyelidikan), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM 2007.
Mohd Jailani ketika diwawancara oleh pihak Media melahirkan rasa penghargaan di atas pelantikan dan kepercayaan yang telah diberikan dan beliau menyatakan untuk menyambung dan terus memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi UTeM.
Di samping menggunakan pengalaman yang ada dalam mempergiatkan lagi percambahan produk penyelidikan yang berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia dan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersialkan produk-produk penyelidikan UTeM di pasaran dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment