About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday 16 January 2012

UITM Perlis

Navigation tip: Hover mouse on top of the right or left side of the image to see the next or
Navigation tip: Hover mouse on top of the right or left side of the image to see the next or previous image respectively.

You are browsing images from the article: Expo Selangkah ke-UiTM

UITM Kedah

Majlis Pelancaran Kempen Sahsiah Rupadiri
     
  
     
   

UITM Penang

Makluman i-Learn

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem i-Learn Penang telah mula beroperasi dan boleh digunapakai oleh warga UiTM Kampus Bukit Mertajam, UiTM Kampus Bertam dan UiTM Kampus Balik Pulau bermula pada 27/12/2011 (Selasa). Pelajar yang berada di kampus-kampus tersebut telah di 'direct' kan ke server http://penang.i-learn.uitm.edu.my setelah klik link i-learn/i-class portal di Student Portal.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar para pensyarah menggunakan server ilearn penang untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Segala bahan pengajaran yang telah dimuatnaik di dalam sistem i-learn sebelum ini telah pun di transfer ke server penang.i-learn.uitm.edu.my.
Berikut adalah URL Sistem i-Learn Penang : http://penang.i-learn.uitm.edu.my
Sebarang permasalahan, sila hubungi talian berikut

UITM Perak

UITM Sabah

Tawaran Skim Perantisan Keusahawanan Siswa Siri 1/2012


Kepada pelajar ijazah sarjana muda anda dipelawa untuk mengikuti skim tersebut selama sebulan (semasa cuti semester 26/1-27/2/2012) Elaun RM 500 akan diberikan. Borang boleh didapati di Unit MASMED atau berjumpa dengan Encik Cyril Supain di Pejabat Blok Akademik Baru Level 2 Room No:18

Uitm Srawak

Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2010 Piala Ketua Menteri Sarawak

Article From UM

Article From USM

KARAKTER ANIMASI JEPUN WARNAI MGTF


PULAU PINANG, 16 Jan – Ultraman, Hello Kitty, Nobita, Doraemon adalah antara karakter animasi malar segar yang diminati oleh sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia dan ia kini boleh didekati dengan lebih dekat khususnya oleh penduduk di Pulau Pinang.
Pameran berkenaan karakter animasi dari negara Jepun itu julung kalinya dibawakan ke Universiti Sains Malaysia (USM) oleh The Japan Foundation Kuala Lumpur, Konsulat Besar Jepun Pulau Pinang dengan kerjasama Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF).
Pameran JAPAN: Kingdom of Characters itu yang menampilkan watak-watak animasi dan komik Jepun yang kini menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Jepun itu dirasmikan oleh Timbalan Konsul-Besar Jepun, Horoko Taniguchi di sini baru-baru ini.
Selain menyediakan medium khas untuk masyarakat di negara ini mengenali karakter Jepun yang popular sekitar tahun 50-an hingga hari ini, pameran itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami latar belakang budaya dan sejarah watak-watak animasi tersebut.
Pameran JAPAN: Kingdom of Characters dibuka secara percuma kepada orang ramai di MGTF USM sehingga 4 Februari 2012 (kecuali Ahad dan Cuti Umum).

Article From UKM

Article From UPM

TAHNIAH! UPM KEKAL STATUS UNIVERSITI PENYELIDIKAN MALAYSIA


PUTRAJAYA, 21 Julai – YB Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Putra Malaysia (UPM) antara empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kekal status sebagai Universiti Penyelidikan.

Selain UPM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan status Universiti Penyelidikan atau Research University (RU) yang telah diumumkan pada 20 Julai 2010.

Pencapaian ini membabitkan empat aspek utama iaitu modal insan, penerbitan, paten dan harta intelek dan penjanaan pendapatan hasil audit penilaian semula pada 5 hingga 6 April lalu.

Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata kerjasama, sumbangan dan komitmen warga UPM di dalam peningkatan penghasilan Quantity and Quality of Research dan Quantity of Postgraduates, telah menjadi faktor utama kepada kejayaan UPM mengekalkan status RU nya.

“Dengan penganugerahan ini, diharapkan semua warga UPM lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan demi mempertahankan status RU untuk dicapai 4 tahun yang akan datang,” katanya.

Peranan besar UPM bukan sahaja mengeluarkan graduan sebagai tenaga pekerja malah berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu dan idea-idea baru ini menjadi antara sebab status RU nya dikekalkan.’

Pengiktirafan UPM bersama ketiga0tiga universiti itu akan menjadi role model kepada IPTA dan IPTS dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) seterusnya akan mempertingkatkan aktiviti R&D serta kerjasama dengan industri pengkomersilan.

Melalui pengiktirafan ini, UPM sekali lagi dapat meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam persekitaran yang kondusif sekali gus menjana kekayaan dan meningkatkan kualiti hidup.

UPM berpotensi menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang keutamaan negara yang mampu menjana penerbitan penyelidikan yang mempunyai impak tinggi dan dapat menarik pakar terbaik untuk pengajaran dan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan graduan bermutu tinggi setelah berjaya mengekalkan status RU nya.

Melalui status RU, UPM juga berpotensi menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa, seterusnya menyumbang kepada peningkatan yang signifikan dalam bilangan K-pekerja negara.

Penglibatan pelajar pasca siswazah antarabangsa juga akan menaikkan imej negara dalam proses pengantarabangsaan penyelidikan dan pendidikan.

Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM. (Abdullah Arshad 03-89466003).

Article From UTM

10-day immersion in Malaysia for 30 MBA students from Harvard Business School
Dr. Zaini (second from right), Prof. Diego Cumin (right) and HBS students at farewell dinner in Kuala Lumpur.

KUALA  LUMPUR, 13 January, 2012:  30 MBA students from Harvard Business School (HBS) underwent a ten-day immersion programme on the Malaysian economy from Jan 3 to 13.
Hosted by PEMANDU and HBS Alumni Club of Malaysia, the students focused on understanding the fundamentals of the Malaysian economy to “unveil” the Malaysian economy towards becoming a developed and high-income nation.
They were assigned into six groups focusing on different issues to learn about the Malaysian economy, ranging from issues on macro economy to entrepreneurship, electronics, fish farming and tourism to name a few.
The immersion programme was designed to allow the HBS students, led by Prof Diego Cumin, to engage with policy makers, industry leaders and professionals for in-depth analyses of the issues.
At the end of the programme, the students made 10 recommendations to transform Malaysia from being a low middle-income economy to become a high-income nation. These include a broad range of topics from fiscal and monetary to education, innovation and culture.
The recommendations have been presented to the Prime Minister, Dato Sri Najib Razak on 12 January in a lengthy and stimulating session.
On Jan 13, HBS alumni hosted a farewell dinner in Kuala Lumpur for the participants, attended by more than 100 alumni, Malaysian policy makers and business captains.
UTM Vice-Chancellor Zaini Ujang, in his capacity as Vice-President of the alumni attended the event and had the opportunity to discuss the recommendations with Prof Cumin and his students.
According to Andrei Yarmak, an MBA from Belarus, this program is an eye-opening opportunity for him and his colleagues to learn about a prosperous country and an ambitious nation

Article From International Islamic University

International Islamic University Malaysia signed Memorandum of Understanding with Logistic Department, Royal Malaysia Police (RMP) for the adoption of IIUM SUKSIS Voluntary Corps to strengthen, promote and develop mutual cooperation between the two parties. IIUM was represented by its Rector Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha Kamaruddin; while Director of Logistic Department, RMP, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah signed on behalf of RMP

Article From Unimas


KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) students have been told not to exchange their RM200 book vouchers for cash.
Unimas Student and Alumni Welfare vice-chancellor Prof Mohd Fadzil Abd Rahman said the vouchers must be used to purchase academic books or relevant materials pertaining to their fields of study.
He claimed that he had overheard students in a plane and coffeeshops saying they were considering exchanging their vouchers for cash.
“Definitely they are not Unimas students because if they are they would not say that because they would recognised me. I guess they are from other institutions of higher learning,” he said at a ceremony for handing over of 1Malaysia book vouchers at Unimas in Kota Samarahan near here yesterday.
Mohd Fadzil alleged that the students he overheard were talking about themselves making some arrangements with bookstores to pay them RM130 for a voucher.
He said if it happened, the bookstores would benefit the most from the Government grant.
“There are nearly 12,000 students in Unimas and if half of them do that, imagine how much the bookstores can make from the irresponsible act. To all Unimas students, please don’t exchange your vouchers for cash. The amount may be little considering the cost of one book could be up to RM600, but the purpose is for buying books, so buy your books,” he said.
Mohd Fadzil said he could call and tell every bookstore in Kuching not to give cash to Unimas students, but he did not want to do that because he wanted the students to think for themselves.
About 1.3 million Malaysian students are currently studying in public and private universities, polytechnics and in Form Six will benefit from the aid programme.

Extracted from thestar.

Article From UMS

news1

Article From USIM

Pertandingan Video Platform Mahasiswa Perkasa Bahasa Arab


NILAI, 8 Jan.- Penganjuran Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) baru-baru ini dilihat sebagai satu momentum baru dalam melahirkan mahasiswa yang kompeten, progresif dan berdaya saing. Mahasiswa tahun akhir FPBU berjaya membuktikan kredibiliti dan potensi mereka dalam menghasilkan video pelancongan kreatif Bahasa Arab dalam usaha mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia.
Program ini dilihat sebagai satu usaha murni fakulti dalam merealisasikan kebolehpasaran mahasiswa serta memantapkan keupayaan  mereka dalam menerokai ilmu di luar daripada bidang pengajian.
Bertemakan ‘Memartabatkan dan Memperkasa Bahasa Arab Melalui Pelancongan’, program yang dianjurkan oleh mahasiswa tahun empat FPBU melalui kerjasama erat Nadi Thaqafah FPBU ini layak diberi pujian kerana hampir seratus peratus penganjuran program ini dilaksanakan dalam Bahasa Arab.
Bermatlamat untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi melalui penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta di samping menjadi platform terbaik untuk mempraktikkan ilmu pengajian di dalam kuliah untuk diaplikasi sepanjang sesi pembikinan video diadakan, program ini juga bertujuan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di samping mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap kumpulan dan pengendalian organisasi.
Sebanyak sembilan buah kumpulan yang diwakili mahasiswa tahun akhir FPBU telah berentap mempersembahkan kepelbagaian elemen kreatif mereka melalui penghasilan video kumpulan masing-masing berdasarkan konsep dan tema yang pelbagai. Program yang turut mendapat sokongan padu daripada Bahagian  Hal Ehwal Pelajar (BHEP) ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Bhasah Abu Bakar, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama.
Tampil berbeza berbanding kumpulan lain menjadi satu kelebihan apabila para juri bersepakat memilih kumpulan Abaqirah sebagai Johan dalam Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011. Kumpulan Abaqirah yang dianggotai seramai sembilan orang mahasiswi telah berjaya memikat hati para juri melalui penghasilan video kreatif mereka, "Rehlah Ilmiah Ila Kuala Lipis" sebagai bahan dokumentari. Kekuatan ahli kumpulan ini yang diterajui oleh kesemua peserta perempuan tidak menjadikan penghalang utama kepada Abaqirah untuk bersaing dengan kumpulan lain.
Manakala tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh kumpulan Al Farashah dan As-Saurah yang  telah memilih lokasi  Bandar Shah Alam, Selangor  dan Bukit Tinggi, Pahang sebagai destinasi pilihan suntingan video mereka.
“Keseronokan saya adalah apabila dapat melihat anak-anak didik berjaya atas usaha dan kegigihan mereka yang tidak henti-henti menghasilkan video masing-masing. Apa yang saya suka ketengahkan, teruskan mewujudkan budaya kalis kritikan,” menurut Encik Hamadallah Mohamad Salleh, Penyelaras Program Pertandingan Video Pelancongan Bahasa Arab 2011 selepas majlis tersebut.

Encik Hamadallah turut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya membuka legasi baru dan transformasi diri dalam usaha memartabatkan penggunaaan bahasa Arab. Beliau turut melahirkan harapan agar usaha penambaikan diri dapat diteruskan bagi menjana  pemerkasaan diri mahasiswa.
Majlis gilang-gemilang tersebut telah diadakan di DKF 1.2 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa-mahasiswa lain.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Puan Hazleena Baharun, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Encik Shahrul Hafifi Mohd Fuad serta Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan staf sokongan yang lain.
Oleh : Ejen Berita- Wanza Mohamad

Article From UPSI

TAHNIAH NAIB CANSELOR UPSI : PENGURNIAAN DARJAH  KEBESARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PERHATIAN SEMUA WARGA UPSI
Seluruh warga kerja UPSI dan para pelajar UPSI mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah Darul Aman sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Yang Ke-84 pada 15 Januari 2012 (Ahad). YBhg Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa telah menerima Darjah Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K).

Article Rom UTHM

165 Kakitangan terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Print E-mail
Hear this article
Sebagai menghargai dan mengiktiraf khidmat cemerlang kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), satu majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010 telah diadakan bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 29 Disember 2011 lalu.

Seramai 165 orang kakitangan yang terdiri daripada kumpulan sokongan dan juga professional telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2010. Majlis tersebut juga menyaksikan penyerahan Anugerah Jasa Bakti kepada 78 kakitangan yang telah berkhidmat selama 10 tahun di UTHM dan juga Anugerah Penghargaan Pesara kepada 17 pesara yang telah bersara wajib mahupun bersara pilihan.

Majlis anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTHM, Professor Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin. Beliau dengan berbesar hati mengucapkan tahniah kepada para penerima ketiga-tiga anugerah tersebut.

"Semoga mereka menjadi contoh dan pendorong kepada warga kerja universiti lain untuk terus berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi kerja seterusnya menjadikan UTHM sebagai institusi penjana modal insan kelas pertama" katanya.

Semasa majlis berlangsung, Naib Canselor juga telah menyempurnakan upacara Pelancaran Kad Pesara khas untuk para pesara UTHM. Kad tersebut memberi beberapa kelebihan kepada golongan pesara seperti pesara suami dan isteri serta anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dapat menikmati perubatan secara percuma di Pusat Perubatan Universiti (PPU) dan boleh menggunakan kemudahan perpustakaan di UTHM.

Hadir sama Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Haji Sulam Hamid, Pendaftar serta Pegawai-Pegawai Kanan universiti.

Semoga anugerah ini menjadi platform untuk mengiktiraf warga kerja universiti yang cemerlang sumbangannya dalam perkhidmatan dan menjadi venue khas bagi mengiktiraf warga kerja yang akan dan telah bersara dalam perkhidmatan.Tahniah kepada semua penerima.


--
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor
Tel.: 07-453 7025 / 019-757 1007
Faks: 07-453 6177
Last Updated ( Jumaat, 30 Disember 2011 )

Article From UTeM

PROF. IR. DR. MOHD JAILANI APPOINTED AS THE NEW DEPUTY VICE-CHANCELLOR (RESEARCH & INNOVATION) OF UTeM Print
Hear this article
Image
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCPI) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


(Full Article in Bahasa Melayu)  
PROF. IR. DR. MOHD JAILANI DILANTIK TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) UTeM
Profesor Ir. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang baru bagi menggantikan Prof. Dato’ Dr. Mohamad Kadim Suaidi yang telah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTeM yang baru.
Pelantikan baru ini telah dibuat selepas dipersetujui dan diberi mandat oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin baru-baru ini. Pelantikan Prof Mohd Jailani sebagai TNCPI baru UTeM ini berkuat kuasa selama tiga tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014.
Sebelum ini beliau telah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula dari 1 Januari 2009 sehingga 31 Disember 2011.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada tahun 1984 seterusnya menamatkan Sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1988 manakala memperolehi PhD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Sheffield Hallam University, United Kingdom pada tahun 1996.   
Sebelum menjawat jawatan di KPT, beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Timbalan Dekan Akademik Fakulti Kejuruteraan dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM.
Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih dari 15 buah buku dan prosiding, 60 kertas jurnal, 18 ucaptama dan kertas jemputan, 200 kertas persidangan, kertas popular dan laporan teknikal.
Manakala dalam bidang penyelidikan pula, beliau telah memenangi lebih dari 20 pingat dan hadiah di peringkat antarabangsa termasuklah di Seoul International Invention Fair (SIIF) pada tahun 2004 dan International Research Showcase 2007 yang diadakan di Nurnberg, Jerman.
Selain itu juga telah memenangi beberapa anugerah kecemerlangan termasuk Anugerah Khas Kualiti, Kategori Kumpulan Pengurusan Makmal Terbaik UKM 2002, Anugerah Khidmat Cemerlang UKM 2003, Anugerah Khas Kualiti Kategori individu (kakitangan akademik, UKM 2005 dan  Anugerah Makmal Cemerlang (penyelidikan), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM 2007.
Mohd Jailani ketika diwawancara oleh pihak Media melahirkan rasa penghargaan di atas pelantikan dan kepercayaan yang telah diberikan dan beliau menyatakan untuk menyambung dan terus memperkasakan bidang penyelidikan dan inovasi UTeM.
Di samping menggunakan pengalaman yang ada dalam mempergiatkan lagi percambahan produk penyelidikan yang berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia dan pada masa yang sama menjalin kerjasama dengan pihak industri dalam mengkomersialkan produk-produk penyelidikan UTeM di pasaran dalam dan luar negara.

Article From UMP

Article UniMAP


KANGAR, 10 Januari – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini memulakan edaran baucar buku bernilai RM1.44 juta  sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 lalu kepada 7,184 pelajar yang layak.
Naib Canselor, Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin berkata, ia meliputi pelajar tempatan yang mengikuti kursus Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang aktif dan berdaftar sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa di UniMAP.
Pengedaran baucar tersebut ujar beliau, dilihat tepat pada masanya, memandangkan pelajar-pelajar kini sedang mengikuti peperiksaan akhir dan bakal memasuki semester baru pengajian bulan hadapan.
“Setiap pelajar akan menerima baucar RM200 dalam bentuk empat keeping baucar RM50 untuk pembelian buku-buku di kedai-kedai terpilih. Justeru, saya melihat, pengedaran baucar ini dapat membantu pelajar untuk memiliki buku rujukan tambahan untuk semester baru kelak,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Buku kepada wakil-wakil pelajar di Kampus Kubang Gajah di sini. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Bendahari UniMAP, Puan Saodah Hassan; Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Razli Ahmad dan Ketua-ketua Jabatan.
Pemberian baucar RM1.44 juta oleh UniMAP itu merupakan sebahagian daripada baucar buku bernilai RM260 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Pelajar-pelajar boleh membeli buku di kedai-kedai buku dilantik dan berdaftar dengan pihak kementerian dan baucar itu hanya boleh digunakan di kedai tertentu dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, Aminudin Anuar menyambut baik pemberian baucar buku oleh kerajaan yang disifatkan mampu meringankan bebanan kewangan pelajar terutama untuk membeli buku-buku rujukan tambahan.
“Umum mengetahui harga bagi buku-buku ilmiah adalah agak mahal, dan pemberian baucar ini setidak-tidaknya dapat meringankan bebanan kewangan pelajar untuk memulakan semester baru. Sebagai Presiden MPP, saya juga ingin menasihatkan rakan-rakan pelajar untuk menggunakan baucar ini dengan sebaik mungkin.
“Harus diingat, tempoh sah baucar ini hanya tiga bulan sahaja, justeru saya amat berharap rakan-rakan dapat menebus baucar ini dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak menanggung kerugian,” katanya.


( 10 Jan 2012 )
UniMAP Edar Baucar Buku Rm1.44 Juta Kepada 7,184 Pelajar

WIRAWATI UniSZA JOHAN KEJOHANAN CABARAN PANDAI SILAT PERINGKAT NASIONAL 2011

 

SETIAWANGSA – Pasukan Wirawati UniSZA yang terdiri daripada pesilat wanita Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) muncul johan keseluruhan Kejohanan Cabaran Pandai Silat Peringkat Nasional 2011 yang diadakan pada 17 Disember 2011 di AEON AU2 Shopping Centre, Setiawangsa dan AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Kejohanan ini merupakan Kejohanan Pandai Silat yang julung kali diadakan dan dianjurkan oleh Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi.
Wirawati UniSZA mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan tujuh buah pasukan lain dan menerima pingat emas dan disarungkan dengan baju rasmi persatuan iaitu baju singkap.
Penyertaan untuk kejohanan adalah terbuka kepada semua pasukan termasuk daripada sekolah rendah atau menengah, IPTA atau IPTS, jurulatih atau ahli-ahli PSSCUH yang lain.
Sebanyak empat kategori dalam ujian saringan telah dipertandingkan iaitu papan sekeping tangan kosong, papan sekeping senjata, umum tangan kosong dan umum senjata.
Pasukan Wirawati UniSZA dan Pahlawan Timur yang terdiri daripada pesilat lelaki UniSZA telah berjaya dalam pusingan saringan dan melayakkan diri ke perlawanan akhir. Terdapat empat tugasan yang diberikan untuk disempurnakan pada pusingan akhir, dua adalah wajib iaitu serangan di atas titian dan empat serang satu manakala dua tugasan adalah berdasarkan undian iaitu umum bersenjata dan tangan kosong (duduk tahiyat) dan serangan umum kaki di atas titian.
Pahlawan Timur berjaya menduduki tempat ketujuh daripada 14 pasukan yang bertading dalam kategori lelaki.
Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA, Muhammad Hafiz Abdullah, merakamkan setinggi ucapan tahniah dan berbangga atas kejayaan pasukan pesilat UniSZA.
Beliau yang terlibat secara langsung dalam melatih pesilat untuk persediaan kejohanan ini berkata, kejayaan ini merupakan rekod yang baik bagi PSSCUH UniSZA kerana kejohanan ini telah menghimpunkan pesilat-pesilat yang handal dan berpengalaman.
Menurut beliau lagi, ekoran kejayaan ini, PSSCUH UniSZA akan menghantar lebih ramai pesilat untuk menyertai Kejohanan Cabaran Pandai Silat dan Wajadiri Nasional dalam usaha menaikkan nama UniSZA.
Acara penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Guru Utama PSSCUH Malaysia, Marwi Latif.
Sumber Berita & Gambar     MUHAMMAD HAFIZ ABDULLAH
Last Updated on Sunday, 01 January 2012 02:55

Article from UPNM



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pembangunan Profesional (PPP) telah mengadakan Majlis Anugerah Akademik Cemerlang UPNM 2011 pada 23 Disember 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini merupakan julung-julung kalinya diadakan sebaik usia UPNM memasuki empat (4) tahun semenjak diiktiraf sebagai sebuah universiti daripada sebuah maktab iaitu Akademi Tentara Malaysia (ATMA) mulai tahun 2006. Ianya diadakan khas sebagai penghargaan kepada para akademia UPNM yang telah berkerah tenaga dan pemikiran dalam memperkenalkan universiti diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.



Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor seterusnya sebagai penyampai sijil-sijil penghargaan kepada para penerima anugerah pada malam tersebut. Pemenang Anugerah Cemerlang pada malam tersebut dibahagikan kepada lima (5) kategori iaitu Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Perkhidmatan Profesional, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi serta Anugerah Tokoh Akademik. Para penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan wang tunai.

Sebelum berlangsungnya majlis ini, Pelancaran Jurnal Zulfaqar telah dirasmikan oleh Naib Canselor sebagai pembuka tirai kepada majlis berprestij tersebut. Pelancaran Jurnal Zulfaqar ini merupakan Jurnal ke-2 yang telah dihasilkan oleh para akademia UPNM selepas yang pertama dikeluarkan pada tahun 2009.

Turut hadir di majlis tersebut iaitu ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor, Pengurusan tertinggi, Pegawai-Pegawai Kanan, Pensyarah dan Pentadbir. Majlis seumpama ini akan dijadikan sebagai acara tahunan universiti pada tahun-tahun hadapan dan seterusnya memberikan suntikan semangat kepada para akademia UPNM dalam memperluaskan keilmuan yang merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, penerbitan dan seterusnya selaras dengan Misi dan Visi UPNM bagi menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti terulung dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 27 Disember 2011
Hiper Rangkaian

Thursday 12 January 2012

Universiti Malaysia Terengganu Terima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti Teuku Umar, Acheh Barat, Indonesia


5 Januari 2011- Universiti Malaysia Terengganu  (UMT) telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Universiti Teuku Umar (UTU), Acheh Barat, Indonesia. Delegasi seramai 25 orang dari Fakulti Perikanan dan Ilmu Kelautan ini diketuai oleh Rektor Universiti Teuku Umar, Ir. Abdul Malek Ali telah disambut oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman di Bilik Mesyuarat Senat, UMT.

“Kami amat berbangga kerana UTU telah sudi datang ke sini untuk menjalin kerjasama serta melawat UMT dan kami berharap dengan terjalinnya perhubungan di antara dua universiti ini maka lebih banyak aktiviti bersama akan dapat dilakukan pada masa akan datang ,” ujar Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Aziz bin Deraman ketika menyampaikan ucapan beliau.
Pada majlis tersebut, delegasi UTU dipertontonkan dengan Video 10 tahun UMT serta persembahan tayangan mengenai  UMT oleh Naib Canselor UMT.

Pada ucapan balas Rektor UTU, Ir. Abdul Malek Ali juga mengharapkan usahasama dan lawatan yang terjalin akan dapat memperkukuhkan lagi perhubungan dari pelbagai segi seperti pertukaran pelajar, menyambung pengajian di UMT pada peringkat sarjana, pertukaran pensyarah bagi berkongsi pengalaman.

Selama 3 hari kunjungan delegasi UTU tersebut, UMT akan membawa mereka melawat ke Fakulti Pengajian Marin dan Sains Marin serta Institut Akuakultur Tropikal dan melawat ke Kompleks Siswa UMT serta kemudahan lain seperti Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail UMT untuk mereka mendapat sedikit pengalaman baru tentang kemudahan yang ada di sini.

Pemilihan UMT sebagai destinasi kunjungan luar negara UTU adalah selari dengan usaha mereka untuk menjadi sebuah universiti di Indonesia yang bukan hanya terkenal di sana tetapi mempunyai kerjasama dalam pelbagai bidang di luar negara.