About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday 16 January 2012

Article from UPNM



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui Pusat Pembangunan Profesional (PPP) telah mengadakan Majlis Anugerah Akademik Cemerlang UPNM 2011 pada 23 Disember 2011 (Jumaat), jam 8.00 malam bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini merupakan julung-julung kalinya diadakan sebaik usia UPNM memasuki empat (4) tahun semenjak diiktiraf sebagai sebuah universiti daripada sebuah maktab iaitu Akademi Tentara Malaysia (ATMA) mulai tahun 2006. Ianya diadakan khas sebagai penghargaan kepada para akademia UPNM yang telah berkerah tenaga dan pemikiran dalam memperkenalkan universiti diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.



Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor, Naib Canselor seterusnya sebagai penyampai sijil-sijil penghargaan kepada para penerima anugerah pada malam tersebut. Pemenang Anugerah Cemerlang pada malam tersebut dibahagikan kepada lima (5) kategori iaitu Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Perkhidmatan Profesional, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran, Anugerah Penyelidikan dan Inovasi serta Anugerah Tokoh Akademik. Para penerima anugerah menerima sijil penghargaan dan wang tunai.

Sebelum berlangsungnya majlis ini, Pelancaran Jurnal Zulfaqar telah dirasmikan oleh Naib Canselor sebagai pembuka tirai kepada majlis berprestij tersebut. Pelancaran Jurnal Zulfaqar ini merupakan Jurnal ke-2 yang telah dihasilkan oleh para akademia UPNM selepas yang pertama dikeluarkan pada tahun 2009.

Turut hadir di majlis tersebut iaitu ketiga-tiga Timbalan Naib Canselor, Pengurusan tertinggi, Pegawai-Pegawai Kanan, Pensyarah dan Pentadbir. Majlis seumpama ini akan dijadikan sebagai acara tahunan universiti pada tahun-tahun hadapan dan seterusnya memberikan suntikan semangat kepada para akademia UPNM dalam memperluaskan keilmuan yang merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, penerbitan dan seterusnya selaras dengan Misi dan Visi UPNM bagi menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti terulung dalam bidang pertahanan dan keselamatan serantau.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 27 Disember 2011
Hiper Rangkaian

No comments:

Post a Comment