About Me

My photo
seremban, negeri sembilan, Malaysia
the boy next door

Monday 16 January 2012

Article From USM

KARAKTER ANIMASI JEPUN WARNAI MGTF


PULAU PINANG, 16 Jan – Ultraman, Hello Kitty, Nobita, Doraemon adalah antara karakter animasi malar segar yang diminati oleh sebilangan besar masyarakat di seluruh dunia dan ia kini boleh didekati dengan lebih dekat khususnya oleh penduduk di Pulau Pinang.
Pameran berkenaan karakter animasi dari negara Jepun itu julung kalinya dibawakan ke Universiti Sains Malaysia (USM) oleh The Japan Foundation Kuala Lumpur, Konsulat Besar Jepun Pulau Pinang dengan kerjasama Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF).
Pameran JAPAN: Kingdom of Characters itu yang menampilkan watak-watak animasi dan komik Jepun yang kini menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Jepun itu dirasmikan oleh Timbalan Konsul-Besar Jepun, Horoko Taniguchi di sini baru-baru ini.
Selain menyediakan medium khas untuk masyarakat di negara ini mengenali karakter Jepun yang popular sekitar tahun 50-an hingga hari ini, pameran itu turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami latar belakang budaya dan sejarah watak-watak animasi tersebut.
Pameran JAPAN: Kingdom of Characters dibuka secara percuma kepada orang ramai di MGTF USM sehingga 4 Februari 2012 (kecuali Ahad dan Cuti Umum).

No comments:

Post a Comment